Polisi ini menerangkan bagaimana kami mengendalikan maklumat peribadi Tuan/Puan semasa membuat tempahan Bimbing Umrah melalui laman zulkifliahmad.com. Kami menghormati prinsip Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Malaysia).
Siapa kami
ZULKIFLI BIN AHMAD (Enterprise Zul), no. pendaftaran SSM 202503258375 (JM1032676-T), 246 Jalan Desa Kasia 3/2, 71800 Nilai, Negeri Sembilan.
Maklumat yang kami kumpul
Nama
Alamat emel
Nombor telefon
Tarikh, slot dan bilangan peserta
Bilangan dorongan kerusi roda (jika ada)
Kami tidak meminta nombor kad pengenalan atau pasport melalui laman ini.
Tujuan
Mengurus dan mengesahkan tempahan
Mengesahkan status bayaran
Menghantar pengesahan, peringatan dan makluman berkaitan tempahan melalui emel dan WhatsApp
Menyusun pembimbing yang bertugas
Menyimpan rekod jualan dan perakaunan
Bayaran
Bayaran diproses oleh CHIP (chip-in.asia). Butiran kad atau akaun bank Tuan/Puan dimasukkan terus di halaman CHIP dan tidak disimpan oleh kami.
Perkongsian maklumat
Kami tidak menjual maklumat Tuan/Puan. Maklumat hanya dikongsi setakat perlu dengan:
CHIP, untuk memproses bayaran
Pembimbing yang bertugas, untuk urusan bimbingan kumpulan Tuan/Puan
Penyedia sistem yang kami guna untuk menyimpan rekod dan menghantar emel (Cloudflare dan Google)
Platform pengiklanan (Meta untuk Facebook, Instagram dan Threads; TikTok; Google), melalui cookie dan pixel, hanya jika Tuan/Puan bersetuju
Cookie dan pengiklanan
Dengan persetujuan Tuan/Puan, laman ini menggunakan cookie dan pixel pengiklanan daripada Meta (Facebook, Instagram, Threads), TikTok dan Google. Tujuannya untuk mengukur prestasi iklan kami, dan untuk menunjukkan iklan servis serta produk kami yang lain kepada pelawat laman ini (retargeting).
Pixel hanya dimuatkan selepas Tuan/Puan menekan "Terima" pada notis cookie. Jika Tuan/Puan menekan "Tolak", tiada cookie pengiklanan digunakan.
Maklumat yang dikongsi dengan platform tersebut ialah aktiviti di laman ini (cth halaman dibuka, butang WhatsApp ditekan). Kami tidak menghantar nama, emel atau nombor telefon Tuan/Puan kepada platform pengiklanan.
Penggunaan maklumat oleh platform tersebut tertakluk kepada polisi privasi masing-masing.
Cookie lain hanya digunakan untuk log masuk panel admin kami.
Tempoh simpanan
Maklumat disimpan selama ia diperlukan untuk urusan tempahan dan rekod perakaunan.
Hak Tuan/Puan
Tuan/Puan boleh meminta salinan, membetulkan, atau meminta maklumat dipadam (tertakluk kepada keperluan rekod perakaunan) dengan menghubungi kami.